Sunday, 7 August 2011

ABSTRAK

Assalammualaikum . . Salam mukadimmah . . .
Saya Siti Nor Izzah bt Abd Wahab dari kumpulan ASD1Eg . Tajuk esei saya ialah Peranan dan Sumbangan Masjid An-Nur kepada masyarakat Chemor. Pengertian tajuk esei saya ini ialah menerangkan serba sedikit tentang Masjid An-Nur yang terletak berhampiran dengan rumah saya di Chemor , Ipoh , Perak. Saya akan menerangkan tentang pengertian masjid diletakkan di sesuatu kawasan tersebut. Contohnya di kawasan perumahan seperti di kawasan perumahan saya. Saya juga akan mendedahkan tentang ahli-ahli jawatankuasa yang telah memajukan sesebuah masjid itu. Setiap masjid akan mengadakan apa-apa program untuk memajukan dan menambahkan lagi pengunjung-pengunjung masjid. Insyaallah, saya juga akan menceritakan serba sedikit sumbangan Masjid An-Nur ini kepada semua penduduk di sekitar Chemor dan Ipoh ini. Setiap apa yang dilakukan pasti tidak akan lari daripada masalah. Jadi, penubuhan masjid ini juga telah menghadapi masalah. Dengan hasil aktiviti temuramah antara saya dengan pengerusi dan perasmi masjid tersebut, kami telah berbincang cara-cara bagi menangani masalah-masalah tersebut. Kami juga ada membuat perbincangan bagi membincangkan cadangan-cadangan untuk memajukan masjid tersebut. Esei ini juga bukan sahaja berguna kepada saya tetapi kepada orang lain juga seperti anak-anak muda yang ingin menubuhkan masjid atau pusat-pusat Islam yang lain. Kesimpulannya, esei ini sangat la berguna kepada kita. Esei ini juga dapat membantu dalam menambahkan lagi pengunjung-pengunjung Masjid An-Nur ini. Setiap apa yang dilakukan di dunia ini pasti ada dugaannya. Jadi, kita kena lah sentiasa bersedia dan bijak dalam myelesaikan masalah tersebut.
Sekian . . .

No comments:

Post a Comment