Sunday, 7 August 2011

Peranan dan Sumbangan Masjid An-Nur kepada masyarakat Chemor.


DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101

DISEDIAKAN OLEH :
Siti Nor Izzah Bt Abd Wahab
No Matrik : 2011299104
Kumpulan : ASD1Eg

PROGRAM :
Diploma Kimia Perindustrian

TARIKH HANTAR : 1 Ogos 2011

TAJUK

Peranan dan Sumbangan Masjid An-Nur kepada masyarakat Chemor.
1.       Isi Kandungan
2.      Abstrak
3.      Pendahuluan
4.      Pengertian Masjid
5.      Ahli Jawatankuasa Masjid
6.      Program Yang Diadakan
7.      Sumbangan untuk masyarakat
8.     Masalah dan Penyelesaian
9.      Cadangan
10.  Penutup
11.   Bibliografi

ABSTRAK

Assalammualaikum . . Salam mukadimmah . . .
Saya Siti Nor Izzah bt Abd Wahab dari kumpulan ASD1Eg . Tajuk esei saya ialah Peranan dan Sumbangan Masjid An-Nur kepada masyarakat Chemor. Pengertian tajuk esei saya ini ialah menerangkan serba sedikit tentang Masjid An-Nur yang terletak berhampiran dengan rumah saya di Chemor , Ipoh , Perak. Saya akan menerangkan tentang pengertian masjid diletakkan di sesuatu kawasan tersebut. Contohnya di kawasan perumahan seperti di kawasan perumahan saya. Saya juga akan mendedahkan tentang ahli-ahli jawatankuasa yang telah memajukan sesebuah masjid itu. Setiap masjid akan mengadakan apa-apa program untuk memajukan dan menambahkan lagi pengunjung-pengunjung masjid. Insyaallah, saya juga akan menceritakan serba sedikit sumbangan Masjid An-Nur ini kepada semua penduduk di sekitar Chemor dan Ipoh ini. Setiap apa yang dilakukan pasti tidak akan lari daripada masalah. Jadi, penubuhan masjid ini juga telah menghadapi masalah. Dengan hasil aktiviti temuramah antara saya dengan pengerusi dan perasmi masjid tersebut, kami telah berbincang cara-cara bagi menangani masalah-masalah tersebut. Kami juga ada membuat perbincangan bagi membincangkan cadangan-cadangan untuk memajukan masjid tersebut. Esei ini juga bukan sahaja berguna kepada saya tetapi kepada orang lain juga seperti anak-anak muda yang ingin menubuhkan masjid atau pusat-pusat Islam yang lain. Kesimpulannya, esei ini sangat la berguna kepada kita. Esei ini juga dapat membantu dalam menambahkan lagi pengunjung-pengunjung Masjid An-Nur ini. Setiap apa yang dilakukan di dunia ini pasti ada dugaannya. Jadi, kita kena lah sentiasa bersedia dan bijak dalam myelesaikan masalah tersebut.
Sekian . . .

PENDAHULUAN.

Assalammualaikum wbt . . salam ukhwah . . dan salam muslim . .
Saya Siti Nor Izzah bt Abd Wahab bernomborkan kad pengenalan 930922-14-6358 dari kumpulan ASD1Eg. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur saya yang teramat tinggi kepada Allah swt kerana telah mengizinkan saya untuk menyiapkan kerja kursus atau esei bagi subjek CTU101 ini. Walaupun dalam kesibukan saya menyiapkan kerja-kerja subjek lain. Masa tetap mengizinkan saya untuk membuat dan menyiapkan kerja ini. Alhamdulillah sekali lagi saya ucapkan.
Terdapat beberapa sebab esei ini ditulis. Antaranya ialah esei ini boleh digunakan untuk masa akan datang dan sampai bila-bila pun. Kedua, esei ini juga boleh menjadi rujukan untuk semua masyarakat di luar sana yang berminat mengenai hal-hal seperti ini. Ketiga, esei ini juga penting kepada diri saya kerana ia mempengaruhi markah saya untuk subjek ini pada semester ini. Ia dapat membantu menambahkan markah saya.
Kesimpulannya, esei bagi subjek CTU101 ini mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat di sekeliling kita. Bukan kepada diri kita sahaja malah untuk semua lapisan masyarakat. Saya harap esei ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang kurang melibatkan diri dalam hal-hal keagamaan seperti ini termasuklah diri saya sendiri.
Sekian . . .